Saturday, May 09, 2009

Selamat hari Ibu/Happy Mother's Day

My mum

salamz,
entry for mothers day...
"Setiap dari kita mempunyai ibu bapa. Kasih sayang mereka pada kita tak pernah luntur walau sedikit pon. Susah senang kita semua, mereka kongsi bersama-sama. Kita hitung umur kita sekarang.... Kita hitung umur bonda kita....Kita amati sejenak... sudah berapa lama kita hidup? Berapa lama kita dipinjamkan ke bumi ciptaan tuhan yang agung ini?Sejak bonda melahirkan kita pernah kah kita mendengar bonda kita berkata menyesal kerana melahirkan kita ke dunia? pernah kita dengar bonda letih kerana kita menyusahkan mereka? Setiap saat detik ketika, susah senang jerih payah, bonda akan terseyum melayan kerenah kita adik beradik... Permintaan kita cuba ditunaikan walau payah... Kalau tak dapat apa yg kita mahukan, jiwa kita pasti memberontak. namun bonda tetap tega untuk menuntut kemahuan anak2 tersayang... Kini kita telah pon semakin dewasa.. semakin matang dalam menilai erti kehidupan... Bagaimana hubungan kita dengan bonda? semakin renggang atau tetap utuh?
Adakah kita masih lagi mencium tangan bonda sblm keluar ke rumah? adakah kita acapkali menelefon bonda bertanya khabar? atau sebulan sekali? atau telefon apabila terlintas di fikiran?
Untuk kesekian kalinya... mungkin untuk hari ini atau bila-bila... kita rapatkan hubungan kita yg kononnya dewasa ini dengan bonda kita... juga ayahanda... Tersentuh jiwa mereka tatkala mendengar suara kita, berjumpa kita, membawa cucu-cucu mereka... Biarkan mereka tersenyum.... Tersenyum kerana kasih sayang kita... Andai mereka telah tiada.. Doa kita sebagai anak yg soleh sentiasa mengiringinya tanpa mengira masa.... "
To my mum, I miss you so much...Thank you for your doa...Love... support and everything you've given to me...
I am here now to fulfill my dream....
I will always love you so much!!!!
and i am very proud to be Your Son...

Regards,
Zarul
Plymouth,Uk

14 comments:

azhariahzuber said...

touching sungguh..kita tidak mungkin dpt membalas jasa ibu kan

Anonymous said...

I hope you mom can read this... :) you're such a sweet guy!!!

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Nice blog,bro...
Can we be friends..:)

DrSam said...

semoga kejayaan menjadi hadiah paling berharga untuk ibu.

Good luck bro.

Nizam Awang said...

zafi,
ameennn!
that's a beautiful msg to yr mom..;-)



note: jom ar jumpa. lepak2 kt central ;D

a.z.n.e.e said...

bile jauh.. lagi sedih bile ingat kat mak.. sop.. sop..

a.z.n.e.e said...

Zarul, Nizar menang!!!

Anonymous said...

anak emak betul? salah !
anak ibu lah ! kenapa ?
hari ibu bukan hari emak kan ..kan..
larikkkkk...!

izman said...

yeh! emak adalah atu anugerah yg tak ternilai harganya.

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Bro,

Thanx for the approval...
Nice to have U as my friend..
Appreciate the comment,bro..
Hope to know U more thru here..
How can I reach U??
Hope to hear fr U soon...
Happy Wednesday..

Anonymous said...

berbaktilah kepada ibu..selagi ada..nice post zafi..

Led said...

i am touched

Me, Mrs Taj said...

itu la namanya kasih ibu..biar pun payah dia tetap akan tunai kn...

miss mom lor..

Anonymous said...

Touching .. zarul ..
-guess who-