Sunday, November 05, 2006
Alam Manusia Perasaan
Here i am.. well almost 2 bulan dah tinggalkan bumi bertuah Malaysia. Nak mencari ilmu di perantauan. Rindu mesra membuak-buak bergelora dlm jiwa! entah siapa yang mengerti. Seronok hidup dalam komuniti antarabangsa tapi lebih indah andai hidup bersama keluarga dan teman-teman tercinta! terutama yang memahami segala-galanya. Hari ini cuaca cukup indah.. amat indah sebenarnya.. Langit biru luas terbentang. Saujana mata memandang. Kalau di Malaysia unggas rimba berbisik mengalunkan irama asyik namun di sini hanya sang tupai berlari berkejaran, bermesra menambahkan keindahan! Tiada bunyi yang biasa aku dengar.. ishk... pelik..
Ingat pulak zaman kanak-kanak, kalau cuaca indah mesti ada acara menarik untuk dimainkan. Police Entry, Konda kondi, Kejar-Kejar, Baling selipar dan yang paling menarik Nyorok-nyorok. hmm.. Menarik sungguh. Kalau hujan, semua lari macam lipas kudung balik rumah. Jangan ingat tak ada acara pulak! mulalah sessi main saidina ke main catur main kad. macam-macam ada.. Teman-teman masa kecil sekarang kebanyakannya dah pun mendirikan rumah tangga. cepat masa berlalu. Azini & Nina dah nak dapat baby dah.:) (aku nak jadi uncle dah nih). Nana baru semalam kahwin.(Sorry Nana sebab tak dpt attend, my parents datang on behalf). Ashrin pon dah lepas. Tinggal aku, Ahmad & Herman je la.. adehhhhhh. Nantilah.. i believe everything decided by God. Insyaallah satu hari nanti si Dia pasti muncul. Membawa 1001 keindahan. Seindah langit yang aku gambarkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment