Monday, November 06, 2006

Inspirasi dan transkripsi



Keindahan tuhan... Seringkali kita alpa kita lupa dan kita leka. Sekeliling kita ni cantik..cukup indah sebenarnya. Ada mata tapi kita lupa nak melihat. Sebab manusia lebih pada memandang.. Bila kita hanya memandang tiada rasa... tiada jiwa... tiada maknanya... Cuba kita lihat dan selami alam ciptaan ini. Kadang-kadang kita lupa. Tak payah nak pergi jauh. Lihatlah keunikan kita yang bergelar Insan. Cukup segala sifat dan kudratnya.Itu pun kita lupa agaknya. Sebab mata lebih pd memandang... bukan melihat...Tak perlu berharap pada pujian kerana kita sendiri harus memuji diri! pujilah keindahan tuhan ini.Hayatilah keindahan ciptaanNya kerana yang tersirat ini cukup bermakna walaupun ia sukar dimengertikan!Carilah masa... ruang... dan peluang.. sesungguhnya bersyukurlah kita kerana hari ini kita masih bernyawa.

No comments: